TRAGIS !! Dua Beranak Maut Kemalangan..

TRAGIS !! Dua Beranak Maut Kemalangan..

LIPIS – Dua beranak maut dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal petang tadi.

Sinar Harian difahamkan, kejadian yang berlaku di laluan baru Central Spine Road berhampiran Sungai Yu berkenaan meragut nyawa seorang bapa dan anaknya.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal dari arah Lipis ke Merapoh sebelum berlanggar dengan sebuah kereta.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke rumah mayat Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih