TRAGIS !! Budak Ini Dibunuh Kerana Enggan Membunuh..

TRAGIS !! Budak Ini Dibunuh Kerana Enggan Membunuh..

Mexico – Seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun ini sanggup mempertaruhkan nyawanya berbanding membunuh seseorang yang tidak dikenali.

Angel Ariel Escalante Perez yang dikatakan sedang berjalan pulang dari sekolah telah ditahan oleh sekumpulan samseng.

Dia diberi sepucuk pistol untuk membunuh pemandu bas atau dia dibunuh oleh mereka dan oleh kerana bapanya seorang pemandu bas, dia rela dibunuh.

Budak malang itu juga diberi pilihan sama ada mahu dipancung dengan parang atau dihumban dari atas jambatan, jelas dia memilih pilihan yang kedua itu.

Akibat keberaniannya mempertaruhkan nyawanya, Angel akhirnya dicampak dari Jambatan Incienso yang terletak di Bandar Guatemala.

Angel jatuh 135 meter dari atas namun terselamat kerana dia mendarat di atas rimbunan pepohon namun mengalami kecedaraan parah kesan akibat tragedi malang itu.

Dia ditemui 72 jam selepas itu dan paramedik telah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkannya namun dia meninggal dunia 15 hari kemudian.

Angel mungkin boleh diselamatkan sekiranya dia ditemui lebih awal kerana kecederaan yang dialami itu begitu parah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih