TRAGIS !! 3 Maut, 34 Cedera Dirempuh Lelaki Mengamuk

TRAGIS !! 3 Maut, 34 Cedera Dirempuh Lelaki Mengamuk

Graz (Austria): Seorang lelaki yang mengamuk membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan 34 lagi selepas memandu keretanya selaju 140 kilometer sejam merempuh orang ramai sebelum keluar dari kereta dan menikam mereka berhampiran, semalam.

Dalam serangan lima minit itu, lelaki berusia 26 tahun itu memecut kereta SUV di laluan orang ramai membeli belah kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia), sebelum merempuh orang ramai yang sedang minum di luar kedai.

Ada mangsa tercampak ke cermin depan kereta lelaki itu menyebabkan seorang budak lelaki empat tahun, seorang lelaki dewasa dan wanita berbasikal, kedua-duanya berusia 20-an, terbunuh.

Antara yang cedera ialah tiga kanak-kanak dan enam dilaporkan kritikal.

Dia kemudian keluar dari kereta dan mula menikam orang dengan orang ramai, termasuk polis dan orang tua sebelum berjaya ditahan.

Penyerang itu dilaporkan mempunyai dua anak dan dikatakan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya. Polis percaya lelaki itu bertindak ganas kerana tertekan dengan masalah keluarga. – AP

KENDERAAN yang digunakan lelaki untuk merempuh orang ramai dialihkan pihak berkuasa. - Foto AP

KENDERAAN yang digunakan lelaki untuk merempuh orang ramai dialihkan pihak berkuasa. – Foto AP

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih