TRAGIS !! 3 Beranak Maut, Seorang Parah

TRAGIS !! 3 Beranak Maut, Seorang Parah

Ledang – Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok di Kampung Serom 6 di sini, pagi tadi.

Dalam nahas itu kira-kira jam 5.20 pagi, semua mangsa tersepit di dalam kenderaan jenis Honda Accord.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Izwan Mohamed, berkata sebuah jentera dengan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.26 pagi.

“Setibanya di lokasi mendapati semua mangsa tersepit di dalam kereta berkenaan dan bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak. Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana kecederaan parah akibat rempuhan itu.

“Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki cedera parah. Semua mangsa adalah dipercayai daripada satu keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat semua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tangkak, manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan, lapor BH Online.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...