TRAGIS !! 2 rentung, kren terlanggar kabel elektrik voltan tinggi

TRAGIS !! 2 rentung, kren terlanggar kabel elektrik voltan tinggi | TAPAH – Dua pekerja kontrak penyambungan paip rentung manakala seorang lagi cedera selepas lori muatan paip terbakar di Tanah Mas, Bidor dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 11.30 pagi, ketiga-tiga pekerja sedang memindahkan paip untuk dimasukkan ke dalam lori namun kren mengangkat paip dikatakan terlanggar kabel elektrik bervoltan tinggi menyebabkan paip dan lori terbakar menyambar mangsa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Azlan Mahayudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.41 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati dua mangsa rentung manakala seorang lagi cedera.

Siasatan awal mendapati kemalangan terjadi ketika ketiga-tiga mangsa sedang memindahkan paip ke dalam lori berkenaan.

Bagaimanapun, kren pengangkat paip terlanggar kabel voltan tinggi menyebabkan aliran elektrik membakar paip dan mangsa.

Katanya, dua mangsa maut dan yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk pemeriksaan dan rawatan, lapor Berita Harian.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...