Tragedi Tanah Runtuh di Tanjung Bungah, 15 Pekerja Tertimbus

Tragedi Tanah Runtuh di Tanjung Bungah, 15 Pekerja Tertimbus  – LEBIH 15 pekerja dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown, pada 8.50 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.57 pagi.

Tragedi Tanah Runtuh di Tanjung Bungah

Tragedi Tanah Runtuh di Tanjung Bungah, 15 Pekerja Tertimbus

Beliau berkata, 30 orang termasuk penyelia dan ketua balai bersama beberapa jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami mendapat tahu antara 15 hingga 20 mangsa mungkin tertimbus. Dua orang berjaya diselamatkan.

“Kecerunan tanah dianggarkan 10 meter dan kita sudah memulakan kerja mencari dan menyelamat,” katanya.

___________________________________________

[UPDATED] USAHA mengeluarkan mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga ke tiga hari.

Ini berikutan keadaan di lokasi tanah runtuh terbabit yang mencapai kedalaman sehingga 25 meter selain bercampur lumpur.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, sehingga 6 petang ini usaha untuk mengeluarkan mayat masih giat dilakukan dan operasi mencari dan menyelamat akan dihentikan 7 malam bergantung kepada cuaca.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, seramai 14 pekerja kontrak warganegara asing termasuk seorang penyelia warga tempatan tertimbus dalam runtuhan terbabit.

Sehingga 1.30 tengah hari, tiga mayat masing-masing dua warga Indonesia dan seorang Myanmar berjaya dikeluarkan.

Setakat ini, identiti mangsa tertimbus dikenali sebagai Yuan Kuok Wern (Malaysia), Muhammad Munin Yusub, Yunus, Rahmatullah, Rahman Abdul (Bangladesh), Raza Ali (Pakistan), Yusof (Rohingya), Mamun Elyas, Hassan, Jamal dan Ab Rahman yang tidak diketahui kewarganegaraan mereka.  – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: