Tragedi Tahfiz Darul Ittifaqiyah: “Periksa Balik Semua Sekolah Tahfiz” – Kata Netizen

Tragedi Tahfiz Darul Ittifaqiyah: “Periksa Balik Semua Sekolah Tahfiz” – Kata Netizen – KUALA LUMPUR: Ucapan takziah membanjiri media sosial susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang dikhuatiri meragut lebih kurang 24 nyawa

Netizen mengambil media sosial untuk melahirkan rasa sebak dan kecewa atas insiden tersebut.

Tragedi Tahfiz Darul Ittifaqiyah: “Periksa Balik Semua Sekolah Tahfiz” – Kata Netizen

Mereka menyoal keselamatan di pusat-pusat tahfiz memandangkan ini bukan kebakaran pertama melibatkan sekolah tahfiz.

“Sedih memang sedih, tapi benda berkali dah terjadi.Peraturan bangunan perlulah ketat. Tahfiz ke,apa ke. tiada kompromi. Hidup itu berharga,” kata seorang netizen, Ray.

Effo Saharuddin berkata, “ Regulasi Tahfiz perlu mandatori. Berapa kerap anak harus jadi korban kepada api dan pembantaian? Sampai bila? Islam membenarkan ketidakcekapan?

Tambah netizen, pihak berkuasa perlu mencari punca kebakaran serta mencari jalan penyelesaian agar ia tidak berlaku di masa hadapan.

Ada juga meminta pihak berkuasa untuk menyediakan laluan kecemasan bagi menangani malapetaka sebegini.

Dean Mohammad berkata, “Kena periksa balik semua sekolah tahfiz. Dah banyak kali berita sekolah tahfiz terbakar. Periksa punca kebakaran agar tidak berlaku lagi di masa hadapan.”

“Laluan melarikan diri, penggera kebakaran mencukupi tidak di sekolah tahfiz? dan jika perlu, latihan kebakaran perlu dilakukan untuk mengelakkan bencana ini.

Tragedi Tahfiz Darul Ittifaqiyah

Sumber: Astro Awani

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih