TRAGEDI !! Maut Dalam Perjalanan Balik Kampung

TRAGEDI !! Maut Dalam Perjalanan Balik Kampung

SIMPANG RENGGAM – Seorang lelaki maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dalam kejadian di kilometer 64 arah utara lebuh raya Utara-Selatan (Plus), di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Jay Kanesan Machap, 37, yang bekerja di sebuah firma swasta di Singapura dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Supritendan Mohamad Noor Mohamed berkata, kejadian berlaku kira- kira jam 8 pagi dan kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain.

“Semasa kejadian mangsa memandu bersendirian kereta jenis Proton Wira.

“Hasil maklumat awal mendapati kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam longkang menyebabkannya mengalami kecederaan parah di kepala dan badan

“Akibat kejadian itu, mangsa dipercayai mati di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk dibedah siasat.

“Mangsa meninggalkan seorang balu dan empat anak yang tinggal di Negeri Sembilan.

“Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1972 dan pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil untuk bantu siasatan.

“Punca sebenar pihak kami masih siasat bagi mengetahui bagaimana mangsa boleh terbabas hingga masuk ke dalam longkang,” katanya. lapor Sinar Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih