TRAGEDI Lebaran: Bayi Maut, 11 Cedera

TRAGEDI Lebaran: Bayi Maut, 11 Cedera

Permaisuri: Bayi perempuan berusia lima bulan maut, manakala dua lagi parah dan sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 41 Kampung Batu 24 Sungai Tong, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, 10.10 pagi tadi.

Mangsa yang maut dikenali Nurul Akma Azmi dari Taman Tampoi Utama, Johor Bahru meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, sementara 11 lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Setiu (HS).

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Idris Mohamad berkata, insiden membabitkan pertembungan dua kenderaan iaitu Proton Wira dinaiki lima mangsa termasuk Nurul Akma dan Proton Saga BLM dinaiki tujuh mangsa dari Kuala Terengganu.

“Pertembungan berlaku selepas Proton Saga BLM berkenaan dipercayai memasuki laluan Proton Wira terbabit untuk memotong kenderaan lain.

“Kedua-dua kenderaan terbabit mengalami kerosakan teruk dan remuk di bahagian depan. Mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik HS untuk bedah siasat,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Setiu, PBKII Mohamad Izani Zakaria berkata, tujuh jentera termasuk dua ambulans dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat beberapa minit selepas kemalangan berlaku. lapor myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih