Tragedi Berhenti di Lorong Kecemasan

Tragedi Berhenti di Lorong Kecemasan – Seorang lelaki yang memberhentikan kereta di lorong kecemasan maut selepas keretanya dirempuh lori tangki di Kilometer 182 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, dekat Bagan Serai hari ini.

Mangsa, R Nadasingam,45, berasal dari Kamunting, meninggal dunia di tempat kejadian.

Tragedi Berhenti di Lorong Kecemasan

Tragedi Berhenti di Lorong Kecemasan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Penolong Kanan Penguasa Bomba Abdul Nasir Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.57 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba diketuai Penolong Bomba Kanan II, Nasir Wahab ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi seorang lelaki didapati tercampak keluar dari keretanya selepas dirempuh lori tangki dari arah sama.

“Mangsa berusia 45 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas paramedik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih