Tragedi Balik Sekolah, Pelajar 13 Tahun Maut

Tragedi Balik Sekolah, Pelajar 13 Tahun Maut

Sungai Petani – Seorang pelajar tingkatan satu maut, rakannya parah selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh van dalam kemalangan di Jalan Pantai Prai berhampiran Loji Air SADA, di sini, petang tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira 2 petang ketika dua sahabat itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pantai Prai selepas tamat sesi persekolahan.

Mangsa, Muhamad Amirul Ahmad, 13, meninggal dunia di tempat kejadian , manakala Muhammad Amjad Yusuf, 13, yang membonceng motosikal dan parah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, kemalangan berlaku apabila van berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh dua motosikal yang ditunggang tiga pelajar.

Katanya, seorang mangsa mati di tempat kejadian, manakala rakannya parah dan seorang lagi pelajar berusia 15 tahun cedera ringan.

“Polis menahan pemandu van berusia 40-an untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, lapor Harian Metro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih