Tragedi 8 Sahabat Maut Dirempuh Kereta

Tragedi 8 Sahabat Maut Dirempuh Kereta

Tragedi 8 Sahabat Maut Dirempuh Kereta – Lapan maut manakala empat parah apabila basikal dinaiki mereka dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam arah Dataran Bandaraya, awal pagi ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ke atas sekumpulan 16 penunggang basikal pada 3.30 pagi.

Mereka berusia antara lapan hingga 16 tahun itu dikatakan berkumpul di simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Tragedi 8 Sahabat Maut Dirempuh Kereta

Kumpulan itu kemudian bersama-sama berbasikal ke lampu isyarat dekat Hotel Thistle di Jalan Sungai Chat.

Bagaimanapun, kumpulan dipercayai dari Kampung Seri Makmor Plentong dan Pasir Gudang itu tiba-tiba dirempuh kereta terbabit dari belakang.

Kumpulan berkenaan dikatakan sering berbasikal di lokasi itu hampir setiap minggu.

Biasanya aktiviti mereka bermula pada kira-kira 12 tengah malam.

Tapi, mereka dikatakan bermula lewat, malam tadi, berikutan jalan ditutup untuk perayaan Chingay.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian dan berkata satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih