(Video) Tiga Anak Muda Malaysia Lagak Samseng Di Osaka, Jepun

(Video) Tiga Anak Muda Malaysia Lagak Samseng Di Osaka, Jepun – Osaka, Jepun adalah satu lokasi pelancongan yang seringkali menjadi pilihan pelancong di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Kebersihan, kecantikan panorama, cuaca dan harga tiket yang murah antara sebab kenapa ramai rakyat Malaysia suka melancong ke Jepun.

Memandangkan semakin ramai kunjungan rakyat Malaysia ke sana maka banyaklah pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan di Jepun. Boleh dikatakan majoriti yang menawarkan pakej pelancongan di Jepun untuk rakyat Malaysia adalah dari pelajar Malaysia yang belajar di sana.

(Video) Tiga Anak Muda Malaysia Lagak Samseng Di Osaka, Jepun

Mereka bijak! Sambil belajar sambil membuat duit(jual pakej pelancongan). Dengan wujudnya pakej pelancongan dari rakyat Malaysia sendiri seperti ini ianya sangat memudahkan pelancong dari Malaysia untuk ke sana kerana tiada keterbatasan untuk berkomunikasi.

Pelbagai servis pelancongan yang disediakan antaranya adalah pakej lawatan ke tempat-tempat menarik termasuk tiket dan pengangkutan dan malah ada juga menyediakan pakej penginapan.

Namun, apa yang menyedihkan tidak semua pelancong Malaysia menghargai servis yang diberikan. Terbaru tular di laman sosial satu video yang berdurasi 6 minit memaparkan pertelingkahan antara pekerja penginapan Vitti Lodge & Family Apartment dan pelancong Malaysia.

Tiga Anak Muda Malaysia Lagak Samseng Di Osaka

Difahamkan lelaki yang acah-acah samseng tersebut dikenali sebagai Ramadhan Sinclair yang merupakan seorang jurugambar muda yang tersenarai sebagai 10 peserta terpilih ke pusingan akhir kategori jurufoto termuda dunia Sony World Photography Awards.

Tonton video di bawah:

Melalui satu status di Facebook yang dikongsi oleh Kamarul Ilmar Ramli, mereka bertiga sudah tertinggal kapal terbang dan tiada duit untuk membeli tiket baru dan menyewa penginapan jadi pihak hostel telah menolong mereka dengan membenarkan mereka tinggal secara percuma. Namun cara mereka membalas terima kasih hanya dengan memecahkan dinding dapur. Bahkan, salah seorang daripada mereka juga telah berak dan meninggalkan tahi di bilik mandi hostel. Pelajar berbaju biru yang bekerja secara part time itu juga telah mengeluarkan wang sendiri 100,000 Yen untuk membaiki kerosakan yang dilakukan.

Diolah dari sumber asal The Vocket

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih