Tiada Bangkai Pesawat MH370 Di Tawi-Tawi

Filipina – Pihak tentera negara ini mengesahkan tiada bangkai pesawat Penerbangan Malaysia MH370 ditemui di Kepulauan Tawi-Tawi seperti yang didakwa sebelum ini, lapor portal akhbar Daily Inquirer sebentar tadi.

Komander Pasukan 61 Tentera Laut Filipina, Kepten Giovanni Carlo Bacordo berkata, sejak semalam mereka telah menghantar satu pasukan bagi mengesahkan dakwaan penemuan bangkai MH370 itu.

“Kami telah menemu bual penduduk tempatan namun, mereka berkata tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu,” katanya

Sabtu lepas, seorang individu bernama, Jamil Omar membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan mendakwa ibu saudaranya itu menemui banyak rangka manusia di dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178 sentimeter (cm) panjang dan 89cm lebar.

Pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!