Terkini: SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

Terkini: SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

Terkini: SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

Kuala Lumpur, 31 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Annuar Musa atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Perkara itu disahkan oleh SPRM menerusi satu kenyataan rasmi sebentar tadi.

siasatan terhadap annuar musa

SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

“SPRM akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menyiasat beberapa isu melibatkan isu rasuah dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa

“Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan” tulis badan itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, SPRM juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM untuk menyiasat.

Sumber: Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih