“Terima Kasih TMJ…” – Luah Mat Tere

"Terima Kasih TMJ..." - Luah Mat Tere

Mat Tere yang dibebaskan selepas ditahan bagi bantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Institusi Diraja Johor menerusi video di Facebook, baru-baru ini, mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor.

Mat Tere atau nama sebenar, Muhammad Zul Apiz Baharom, 29, berkata, tiada kata yang boleh diluahkan selain berasa bersyukur selepas dibebaskan semalam.

“Terima Kasih TMJ…” – Luah Mat Tere

“Saya dilayan dengan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata kurang manis kepadanya.

“Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dendang, Ketereh, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan Mat Tere ditahan Rabu lalu oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Dia kemudian dibawa ke IPK Johor Bahru selepas Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah mengeluarkan perintah reman pada 9 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih