Terbukti Ada Tangan Tersembunyi di Dalam 1MDB…. Siapa Individu Ini?

Terbukti Ada Tangan Tersembunyi di Dalam 1MDB…. Siapa Individu Ini?

Siasatan Jabatan Audit Negara ke atas 1MDB mendapati banyak keputusan pelaburan syarikat itu telah dibuat tanpa kelulusan lembaga pengarah terlebih dahulu.

Keputusan-keputusan itu dibuat melalui resolusi bertulis, dan bukan dengan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah, kata satu sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai laporan interim jabatan tersebut.

“Pasukan audit menyifatkan ia seolah-olah lembaga itu telah diketepikan atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain,” katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sedang berdepan dengan kritikan kerana peranannya dalam syarikat milik kerajaan, 1MDB, bukan ahli lembaga pengarahnya, tetapi sebaliknya menjadi pengerusi lembaga penasihatnya.

Pasukan audit juga mendapati bahawa dalam banyak hal, pihak pengurusan syarikat itu telah gagal untuk mematuhi arahan dari lembaga pengarah.

“Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan pelaburan,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, pasukan audit juga mendapati syarikat itu tidak mempunyai jawatankuasa pelaburan untuk memastikan kewajaran sebelum membuat pelaburan.

Proses-proses ini, kata sumber itu, menyebabkan struktur pengurusannya lemah.

Menurut sumber itu, pasukan audit memetik usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) sebagai contoh. – Suarakami

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih