TERBONGKAR !! Pengemis Bawa ‘Imej Islam’ Raih Pendapatan RM18,240 Sebulan !!

TERBONGKAR !! Pengemis Bawa ‘Imej Islam’ Raih Pendapatan RM18,240 Sebulan !!

Bagi kita semua, untuk hidup senang adalah susah dan perlu bekerja siang malam. Tetapi tidak untuk seorang pengemis di Malaysia, yang mampu meraih jumlah pendapatan sehingga RM18,240 sebulan.

Pendedahan ini mengejutkan apabila wartawan Astro AWANI, iaitu Israr Khalid, menyamar sebagai pengemis untuk membongkar kisah di sebalik kehidupan mereka.

Pengembaraan Israr bermula di bazar Ramadhan Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur. Dia berpakaian compang-camping dan membawa beg kitar semula bersama bekas makanan kosong.
Selama 25 minit berjalan dalam keadaan menyedihkan, dia telah mengumpul sebanyak RM22.

Di lokasi seterusnya, Israr memakai kopiah lama beserta tasbih di tangannya untuk menarik perhatian orang ramai dan dapat mengumpul RM56 dalam hanya 20 minit sahaja.

“Ada orang yang bercakap dengan saya. Mereka bertanya kepada saya mengapa saya tidak mencari kerja seperti basuh pinggan mangkuk, kerana saya masih sihat lagi, “katanya.

Kiraan mudah, jika seorang pengemis boleh mengumpul anggaran RM76 dalam masa 45 minit dan secara konsisten terus berbuat demikian selama 8 jam, dia boleh mendapat RM608 sehari. Ini bermakna gaji sebulan berjumlah RM18,240.

Israr berkata walaupun tabiat rakyat Malaysia yang suka bersedekah harus diberi pujian, dalam masa yang sama ia menggalakkan lagi sindiket seperti ini untuk terus beleluasa.

Tambahnya lagi, mereka yang mengemis ini datang dengan pelbagai cara untuk berbuat demikian seperti menggunakan kanak-kanak untuk mengumpulkan wang.

Ada juga yang menggunakan kotak amal dan agama Islam untuk mendapatkan simpati.

Israr mempersoalkan, bukankah perkara tersebut dilarang oleh Allah?

Ujarnya lagi, ramai orang yang menjadi mangsa ‘imej Islam’ tersebut hanya kerana orang Islam telah di ajar untuk mempunyai mentaliti ‘Husnuzhon’ iaitu bersangka baik dengan orang lain.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih