TERBONGKAR !! Mayat Kanak-kanak Ditemui Disimen Di Dapur Rumah

TERBONGKAR !! Mayat Kanak-kanak Ditemui Disimen Di Dapur Rumah | Gombak – Rangka manusia dipercayai kanak-kanak ditemui disimen di lantai dapur sebuah rumah di Kepong, Jumaat.

Pemilik kediaman itu berkata, pekerja yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian menemui rangka itu selepas ternampak kain buruk yang berbau busuk dalam lubang lantai dapur itu.

Rumah itu disewakan sehingga April lalu.

Mayat kanak-kanak dipercayai perempuan ditemui dalam lubang yang dikorek bawah lantai simen dapur berkenaan.

 Mayatnya dibalut dengan kain dan kemudian ditimbus dengan simen untuk menutup lubang berisi mayat itu.

“Pemilik rumah ini memberitahu, penyewa meminta kebenaran untuk membaiki bilik air.

“Apabila mereka ke rumah itu pada April, didapati keluarga itu telah mengosongkan rumah berkenaan dan ada tompokan simen baharu pada lantai dapur,” kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad.

Pasangan muda yang menyewa rumah itu sejak 2014 dilaporkan mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan.

“Kami sedang berusaha untuk mengesan mereka. Kejadian ini dikelasifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Punca kematian belum diketahui, bagaimanapun doktor percaya kanak-kanak itu mati sejak April, lapor mStar Online.

Mayat kanak-kanak ditemui disimen di dapur rumah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih