Terbongkar !! Ada Cubaan Singkir TMJ Sebagai Presiden FAM

Ada Cubaan Singkir TMJ Sebagai Presiden FAM

Terbongkar !! Ada Cubaan Singkir TMJ Sebagai Presiden FAM – PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha menyingkirnya sebagai ketua badan induk itu. Dalam masa, baginda turut mengesahkan selain bagindan terdapat juga gerakan menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam.

“Sudah tentu, bukan sahaja nak singkirkan dia (Kevin), nak singkirkan saya pun sebagai presiden.

“Ramai dalam FAM yang berangan nak jadi presiden, saya cakap terus terang. Awak (wartawan) boleh.. you can quote me on that.

“Ramai yang dalam FAM nak jadi presiden. Ramai juga di dalam FAM kadang-kadang suruh media tulis macam-macam,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Kongres Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini semalam.

Terbongkar !! Ada Cubaan Singkir TMJ Sebagai Presiden FAM

Tunku Ismail berkata, cubaan untuk menyingkirkannya dibuat dengan harapan beliau fed-up dan mengangkat kaki meninggalkan FAM.

Katanya, namun beliau tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“Jadi harap-harap bila Tunku Mahkota Johor ini macam fed-up angkat kaki dapatlah peluang nak jadi presiden. Ia tidak akan berlaku.

“Jadi yang dalam FAM pun ada politik-politik juga. Yang nak bawa sponsor untuk jadi penaja liga pun ada politik. Kononnya nak buat konsortium sendiri, nak buat syarikat sendiri. Bermakna tak payah lagi FMLLP, nak bagi lobi pada orang masing-masing,” katanya.

Beliau akui mengetahui perkara itu sedang berlaku.

“Saya cakap dalam FAM sendiri, saya presiden FAM, saya tahu benda ini tengah berlaku. Tapi selagi saya berada di FAM, jangan haraplah. Benda ini patut masuk dalam akhbar, biar dia tahu.

“Jadi bukan sahaja nak singkir Kevin Ramalingam, presiden pun dia nak singkir,” katanya.

Tunku Ismail turut menegaskan Kevin menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP dengan baik.

“Siapa sahaja jadi CEO FMLLP, adalah atas pilihan presiden, jikalau esok saya lantik orang lain, orang lainlah.

“Tapi buat masa ini, dia buat kerja dengan betul. Dia boleh jawab mana-mana soalan yang awak lontarkan kepada dia berserta fakta, jadi pada saya beliau patut terus bekerja.

“Saya tahu dalam FAM, beberapa Exco tak berapa setuju dengan pendapat saya kerana mereka nak orang-orang mereka sendiri. Tapi maaflah, ini bukan parti politik, ini persatuan bola sepak,” katanya. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih