Terbaik Dari Ladang !! Jual Susu Kambing Paling Segar

Terbaik Dari Ladang !! Jual Susu Kambing Paling Segar

Xi’an (China): Sepasang kekasih di bandar ini mempunyai idea kreatif menjual susu kambing segar dengan memerah terus susu dari haiwan itu sendiri.

Pasangan berkenaan membawa beberapa ekor kambing betina di tepi jalan dan baru memerah susu haiwan itu apabila ada pelanggan mahu membelinya.

Walau kelihatan pelik, idea pasangan itu berjaya apabila orang ramai beratur untuk merasai susu kambing segar yang dijual.

Pasangan itu berkata, susu kambing segar itu dijual 10 yuan (RM6.10) sebotol dan mendapat sambutan menggalakkan penduduk di bandar itu.

“Setiap hari kami membawa beberapa ekor kambing betina dan kami memerah susu haiwan itu sehingga kering kerana terlalu ramai pelanggan.

Kami mempunyai pelanggan tetap yang membeli susu kambing ini setiap hari dan ada juga datang dari jauh semata-mata untuk merasai kesegaran susu kambing,” katanya.

Menurutnya, mereka mendapat idea menjual susu kambing segar itu selepas mendapati kebanyakan susu yang dijual sudah terlalu lama diperah dan dicampur pengawet. – Agensi

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

Leave a Reply