Tempat Menarik di Selangor Waktu Malam

Tempat Menarik di Selangor Waktu Malam – Bercakap tempat menarik di Shah Alam pada waktu malam, ada beberapa destinasi yang tidak kurang menariknya untuk anda lawati samaada bersama rakan-rakan mahupun bersama keluarga. Kalau setakat nak lepak dan sembang-sembang sambil menikmati keindahan pada waktu malam, bolehlah datang ke beberapa destinasi di Selangor ini.

Kebanyakan destinasi adalah merupakan dataran, tempat hiburan keluarga dan juga beberapa taman awam yang sering menjadi pilihan warga Shah Alam untuk lepak-lepak pada waktu malam.

tempat best lepak malam shah alam

Tempat Menarik di Selangor Waktu Malam

Uptown Shah Alam Seksyen 24 – Kalau anda nak lepak-lepak, cuci cuci mata dan makan-makan, boleh lakukan aktiviti tersebut di Uptown Shah Alam Seksyen 24. Bazar larut malam ini dibuka pada pukul 10 malam sehinggalah ke 3 pagi. Di sini ada macam-macam pilihan barangan yang dijual di ratusan bazar dan kedai yang ada di sini. Memang satu tempat menarik di Shah Alam yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Tempat Menarik di Selangor Waktu MalamCity of Digital Light di I-City Shah Alam – Di sini memang banyak aktiviti dan tempat menarik yang ada baik indoor ataupun outdoor. Salah satu tarikan yang ada di I-City yang sering menjadi tumpuan pengunjung ialah City of Digital Light. Di sini terdapat pelbagai jenis pokok-pokok yang dihiasi dengan lampu-lampu LED yang boleh diibaratkan seperti taman fantasia untuk kanak-kanak. Di sini juga terdapat beberapa permainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak atau remaja untuk mencuba. Setiap kali hujung minggu, memang sesak kawasan City of Digital Light. Tempat Menarik di Selangor Waktu Malam

tempat menarik di shah alam pada waktu malamDataran Shah Alam – Di sini terdapat sebuah padang dan kemudahan seperti bangku duduk yang disediakan dan sering menjadi tempat warga sekitar berkelah. Mungkin kerana lokasi yang strategik dan tidak jauh dari jalan utama menjadikannya destinasi pilihan warga setempat berkeluarga untuk lepak-lepak selain mempunyai lampu limpah yang menerangi gelap malam. Destinasi ini tidaklah semeriah di Uptown Shah Alam mahupun di I-City namun cukup memadai kalau setakat nak lepak-lepak ambil angin malam sambil melihat gelagat kanak-kanak bermain di padang. Padang ini memang sesak setiap kali bulan Ramadhan ketika waktu Iftar. Pastikan anda bawa tikar siap-siap. Tempat Menarik di Selangor Waktu Malam

Selain destinasi-destinasi di atas, anda boleh juga ke beberapa kompleks membeli belah di Shah Alam untuk menghabiskan masa di waktu malam.

  • Setia City Mall
  • Plaza Alam Central
  • Plaza SACC
  • PKNS Complex

Seperti yang tersedia maklum, kompleks pasaraya kebiasaannya akan tutup di antara pukul 10-11 malam. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan di media sosial. Wassalam.

Sumber: www.caridestinasi.com

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!