Taufan Irma Badai Caribbean, Jumlah Kematian Meningkat

Taufan Irma Badai Caribbean, Jumlah Kematian Meningkat

Taufan Irma Badai Caribbean, Jumlah Kematian Meningkat – ST. JOHN’S (Barbuda) – Jumlah kematian akibat taufan Irma terus meningkat manakala 1,400 penduduk hilang tempat tinggal selepas taufan berkenaan membadai Barbuda di Pulau Caribbean, kata Perdana Menteri Antigua dan Barbuda, Gaston Browne.

Beliau berkata, hampir setiap bangunan di kawasan berkenaan rosak apabila 60 peratus keseluruhan kawasan di badai taufan.

Taufan Irma Badai Caribbean, Jumlah Kematian Meningkat

Seramai lapan orang dilaporkan terbunuh ketika taufan Irma bergerak menuju Haiti, Cuba dan mungkin Florida.

Menurut seorang pegawai tempatan, dengan kelajuan angin 185 kilometer sejam dan ribut setinggi 20 kaki yang melanda pulau St Martin, mengakibatkan enam maut.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengarahkan penduduk di Miami Beach dan daerah lain di Miami-Dade dipindahkan berkuatkuasa hari ini apabila Pusat Taufan Nasional AS meramalkan kemungkinan besar taufan Irma akan melanda Florida, Ahad petang.

Di Puerto Rico semalam ,bekalan elektrik terputus menjejaskan 965,000 penduduk manakala 50,000 orang berdepan ganguan bekalan air. – BERNAMA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: