Tarikh PRU14 Akan Diadakan

Timbul banyak spekulasi mengenai tarikh PRU14 yang dijangka berlangsung tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, perkara ini sudah acap kali terjadi menjelang PRU.

tarikh pru14

“Jika kita lihat, pengkaji politik ada buat kajian mereka semasa dan selepas PRU. Kemudian, ada penganalisis yang akan buat analisis mengenai pihak yang menang dan kalah dan perkara ini menjadi topik debat hangat.

“Bagi SPR mudah sahaja iaitu apabila Dewan Rakyat dibubarkan, barulah pihak kami boleh mulakan mesyuarat dan bincangkan perkara ini, seterusnya memilih tarikh sesuai untuk PRU14,” katanya, semalam.

Tarikh PRU14 Akan Diadakan Tahun Ini?

Rakyat kini berteka-teki mengenai tarikh PRU14 dijangka pertengahan tahun ini, namun masih tiada jawapan mengenai perkara itu.

Kata Mohd Hashim, SPR sendiri tidak tahu bila Dewan Rakyat akan dibubar, membuatkan pihaknya sendiri berada dalam tanda tanya.

“Kami sendiri tidak tahu bila Dewan Rakyat akan dibubarkan, senang cerita tidak nampak ‘anak bulan’ lagi.

“Selagi tidak dapat surat daripada yang Dipertua Dewan Rakyat, memang tiada siapa tahu,” katanya.

Selain itu katanya, apa yang rakyat boleh lakukan kini hanya meramal situasi berkenaan mengikut pandangan mereka sendiri.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih