Tanda Tanya Gosip Putus Tunang Adira Terungkai

Tanda Tanya Gosip Putus Tunang Adira Terungkai

Kuala Lumpur – Tanda tanya sejauh manakah kebenaran gosip putus tunang penyanyi Adira Suhaimi akhirnya terjawab apabila perkara itu disahkan sendiri oleh bekas tunangnya, Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun.

Memetik laporan di mStar online, Shahrul, 29 berkata, pertunangannya dengan pelantun lagu Dewi Cinta itu berkakhir beberapa bulan lalu kerana tidak lagi sehaluan dan bukan berpunca daripada orang ketiga iaitu Elizabeth Tan, seperti yang dilaporkan sebuah blog hiburan.

“Saya sudah putus tunang beberapa bulan lalu dan ia terjadi kerana kami sudah tidak lagi sehaluan. Kami hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Saya akur dengan ketentuan itu.

“Saya juga tidak boleh komen lebih kerana itu soal peribadi dan saya doakan semoga Adira berjaya dalam kerjaya dan doa saya yang terbaik untuk dirinya,” ujar Shahrul.

Adira dan Shahrul mengikat tali pertunangan pada 22 Disember tahun lalu dan mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Sepetmber tahun ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih