Syarul Ridzwan Hari Ini Terlibat Dalam Satu Kemalangan.

Pelakon drama Kau Aku Kita, Syarul Ridzwan hari ini terlibat dalam satu kemalangan.

Syarul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, memuat naik foto kemalangan tersebut di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi foto tersebut, kelihatan bahagian depan kereta jenis Honda City putih miliknya remuk teruk.

“Assalamualaikum , Dugaan di pagi hari, saya kemalangan pada pagi ni, tapi jangan risau saya okay dan selamat. Cuma kereta teruk sikit bahagian depan. Doakan yang baik baik buat saya. #dugaan”, tulis beliau di Instagram.

Rata-rata peminat-peminat Syarul memberikan komen supaya pelakon itu tabah menghadapi dugaan yang menimpanya.

“jack_santana13Jazz @ city ni….sayangnye….takpela janji tuan badan selamat ok dah….harta boleh dicari…nyawa sekali tu je….takziah bro…” tulis jack_santana13.

“allahuakbar…hati2 awk..semoga awk sentiasa berada dlm keadaan selamat…”, tulis atikahamna pula. – Siakapkeli.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih