Susulan Video Tular Tujuh Anggota Polis ‘Bergoyang’, Ini Respon KPN

Susulan Video Tular Tujuh Anggota Polis ‘Bergoyang’, Ini Respon KPN – KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung rakaman video yang tular menunjukkan tujuh anggota polis termasuk seorang ketua balai di Johor, berhibur di kelab hiburan, baru-baru ini.

Susulan Video Tular Tujuh Anggota Polis 'Bergoyang', Ini Respon KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau sedang menunggu laporan penuh daripada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader mengenai rakaman video yang tular di media sosial itu.

Susulan Video Tular Tujuh Anggota Polis ‘Bergoyang’, Ini Respon KPN

“Siasatan telus akan dilakukan tanpa melindungi mana-mana anggota polis sekiranya terbukti mereka terlibat dengan salah laku dan integriti,” katanya ketika dihubungi Bernama News Channel di sini malam ini.

Mohamad Fuzi berkata beliau turut mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman untuk menyiasat dan meneliti kesahihan perkara berkenaan.

Petang tadi, video berdurasi lapan saat itu mula tular selepas dimuat naik seorang pemilik akaun facebook, Jia Xing Chen dengan tajuk “anggota polis berhibur di kelab malam bersama tokey judi”.

Difahamkan, enam anggota itu daripada Bahagian D7 (kongsi gelap, judi dan maksiat) dan Pasukan Siasatan Khas, manakala seorang lagi adalah ketua balai polis di sebuah daerah di Johor.

Sementara itu, Mohd Khalil ketika dihubungi, berkata ketujuh-tujuh anggota terbabit diarah bertukar ke bahagian lain serta merta sehingga siasatan selesai.

“Polis Johor juga telah memulakan siasatan berhubung kes tersebut,” katanya. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih