Susulan Kes Wanita B0g3l Dalam Longkang..

Susulan Kes Wanita B0g3l Dalam Longkang..

Penampang – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang wanita terbaring dengan hanya memakai coli dalam longkang dekat sini, semalam.

Lelaki berusia 20-an yang dipercayai kenalan rapat mangsa, ditahan di sebuah perhentian bas di Bundusan di sini, jam 10.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobdin, berkata suspek warga tempatan itu akan direman bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata, polis sudah merakamkan keterangan wanita tempatan berusia 20-an itu yang bekerja sebagai pembantu kedai di Jalan Bundusan dan ahli keluarganya juga sudah dihubungi.

“Laporan doktor setakat ini mengatakan memang ada kesan serangan seksual ke atas mangsa, namun belum ada laporan menyatakan mangsa dirogol,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian di Jalan Bundusan berhampiran Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, jam 12 tengah hari semalam, mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh seorang lelaki yang melalui jalan terbabit.

Wanita itu ditemui hanya memakai coli dipercayai dihumban ke dalam longkang di situ oleh penyerangnya sebelum dia dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Rosley berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, lapor Berita Harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih