Susulan Isu Pengkebumian Kassim Ahmad, Ini Respon Mufti Perlis

Susulan Isu Pengkebumian Kassim Ahmad

Susulan Isu Pengkebumian Kassim Ahmad, Ini Respon Mufti Perlis – Walaupun apa pun perbezaan pendapat, namun tindakan Unit Amal PAS Negeri Kedah semalam menguruskan jenazah tokoh sastera dan penulis yang ternama Kassim Ahmad wajar dipuji. Jika benar seperti yang parti itu sebarkan. Ia satu tindakan terhormat. Kepujian utama patut diberikan SS Dato Mufti Negeri Kedah. Pandangan dan keputusan beliau yang menyelesaikan masalah.

Susulan Isu Pengkebumian Kassim Ahmad, Ini Respon Mufti Perlis

Kita tidak bersetuju dengan Kassim Ahmad dan mengkritik pandangan beliau khususnya berkaitan hadis, namun kita tidak boleh memutuskan hakikat kedudukan beliau di sisi Allah. Hanya Allah

Yang Maha Tahu. Di sana banyak persoalan ilmiah dalam bidang berkaitan yang seseorang perlu memahami dengan teliti. Perlu berlaku iqamah al-hujjah (penegakan hujah) sebelum seseorang dihukumkan akidahnya. Apakah penegakan itu telah berlaku? Apakah di sana ada persoalan-persoalan yang tidak diberikan kepadanya jawapan yang mencukupi?

Pengalaman peribadi saya, saya pernah mengajak beliau berdialog terbuka tentang hadis di Sinar Harian. Beliau bersetuju. Sinar juga setuju. Namun ada pihak lain yang menggagalkannya. Dukacita.

Apapun, semoga beliau ada keuzuran dan alasan di sisi Allah. Kita hanya mengetahui yang zahir dan membahaskannya, Allah mengetahui yang zahir dan batin. Penilaian Allah maha adil untuk semua hambaNYA.

Sumber: DrMAZA.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: