Suspek Kes Samun Dan R0g0l Di Sebuah Premis Judi Di Kinrara Maut

Suspek Kes Samun Dan R0g0l Di Sebuah Premis Judi Di Kinrara Maut

Suspek Kes Samun Dan R0g0l Di Sebuah Premis Judi Di Kinrara Maut – Seorang lelaki yang dipercayai suspek kedua kes samun dan rogol di sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Puchong, yang tular sebelum ini dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 12 PPR Semarak, Setapak, malam tadi, lapoe Berita Harian.

Suspek Kes Samun Dan R0g0l Di Sebuah Premis Judi Di Kinrara Maut

Pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah melakukan serbuan ketika jam 10.10 malam di mana suspek berusia 22 tahun terbabit cuba melarikan diri dengan turun ke bawah menerusi jeriji dapur rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ketika sebuan polis telah mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri namun penghuni enggan membuka pintu.

Sebelum ini pihak polis telah berjaya menahan suspek pertama berumur 26 tahun ditahan di rumah sewanya di Kuala Selangor pada 14 Mei lalu.

Berdasarkan rakaman video, seorang wanita warga Indonesi berumur 33 tahun telah dirogol oleh kedua-dua suspek, mangsa kemudiannya melarikan diri.

Namun pada Rabu lalu mangsa telah tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Kinrara selepas lima hari menyembunyikan diri di rumah rakannya di selatan tanah air.

Turut sama membuat laporan adalah seorang seorang lagi pekerja di premis itu, iaitu lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun.

Sumber: Siakapkeli

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses

  1. admin