Suria FM Teruskan Misi Program ‘Suria Jam’

Powered by WP Review

Suria FM Teruskan Misi Program ‘Suria Jam’ – Kejayaan penganjuran programSuria Jam anjuran Suria FM siri pertama di sekitar bandar raya Kuala Lumpur pertengahan Januari lalu membawa kepada penganjuran siri seterusnya dengan menampilkan beberapa artis ternama.

Ketua Kandungan Kreatif, Digital dan Pengurusan Penjenamaan SuriaFM, Ahmad Shaifullizam atau GBam berkata, berdasarkan sambutan pada siri pengenalan program itu Januari lalu, pihaknya tidak melengahkan untuk terus memberi hiburan percuma kepada orang ramai dalam usaha mendekatkan pendengar dengan stesen radio itu.

Suria FM Teruskan Misi Program ‘Suria Jam’

“Alhamdulillah, kami mendapat lebih 10,000 tontonan dari enam episod Suria Jam  yang turut dirakamkan pada siri pengenalan Januari lalu yang dimuatnaik ke laman sosial  Facebook dan YouTube.

“Sememangnya impian besar kami melalui program ini adalah ingin meluaskan lagi sasaran pendengar stesen radio SuriaFM selain mendekatkan peminat dengan artis-artis kesayangan mereka,” katanya kepada mStar Online.

Suria FM Teruskan Misi Program 'Suria Jam'

Akim & The Majistret menghiburkan peminat mereka di stesen LRT Avenue K.

GBam ditemui pada program Suria Jam yang berlangsung di perkarangan stesen LRT Avenue K, di sini pada Isnin.

Dua artis yang membuat persembahan pada petang itu adalah Siti Nordiana dan Akim & The Majistret.

Suria FM Teruskan Misi Program ‘Suria Jam’

Sebelum itu iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu, Ameng (Spring), Hafiz Hamidun, De’fam dan Forteen turut membuat persembahan di dua lokasi berbeza iaitu di Dataran Orang Buta, Masjid India dan Perkarangan SOGO di mana pada setiap lokasi menampil dua orang artis membuat persembahan.

Suria Jam anjuran stesen radio Suria FM merupakan sebuah program berkonsepkan persembahan jalanan berskala besar yang menampilkan kumpulan muzik profesional mengiringi persembahan artis di lokasi-lokasi terbuka yang terpilih.

Terdahulu pada siri pengenalan, Suria Jam menampilkan empat artis popular antaranya Azharina, Amelina, Khai Bahar dan Haqiem Rusli. Misi Program ‘Suria Jam’

Video rakaman persembahan artis-artis yang terlibat boleh ditonton melalui laman sosial Facebook dan Youtube Suria TV. – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih