Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Powered by WP Review
Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak – Kisah Tok Kaduk bukan lagi satu kisah yang asing buat penduduk di sekitar Mukim Lambor dan Bota di bahagian Perak Tengah. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi dan dipercayai, sehingga ke hari ini masih ada lagi yang mematuhi pantang larang tersebut kerana hendak mengelak daripada terkena sumpahan yang dibuat oleh Tok Kaduk terhadap keturunannya. Apakah pantang larang yang perlu diikuti oleh keturunan Tok Kadok? Baca selajutnya untuk ketahui kisahnya.

Tok Kadok pernah melafaz, “Mulai hari ini, aku tidak akan menyabung ayam lagi! Dan aku, anak isteri aku, cucu cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan iya entahkan tidak, tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkhianati akan ikan tapah. Barang sesiapa yang melanggar sumpahku ini akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.” Lafaz sumpah Tok Kaduk telah melarang seluruh keturunannya daripada memakan ikan tapah sebagai mengenang jasa ikan tersebut yang memberikannya sekarung emas.

Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Kampung-kampung yang terletak di sepanjang tebing Sungai Perak itu jugalah dipercayai kampung asal dan tempat bermulanya sumpahan Tok Kaduk. Menurut kisah yang diriwayatkan sejak turun-temurun, Tok Kaduk yang diceritakan sebagai seorang pemuda berketurunan raja Siak di kepulauan Sumatera, Indonesia telah keluar belayar dan akhirnya memilih untuk menetap di Lambor, Perak. Sebagai seorang pemuda yang lurus dan rajin bekerja, kehadiran Tok Kaduk disambut baik oleh masyarakat Lambor sehingga mendapat jodoh dan dikurniakan beberapa orang anak.

Tok Kaduk cukup dikenali kerana memiliki seekor ayam sabung yang sangat handal bernama Biring Si Kunani. Kehebatan ayam sabung Tok Kaduk yang tidak pernah tewas dalam setiap pertarungan akhirnya mendapat perhatian sultan yang berhasrat untuk mencabar ayam Tok Kaduk. Pembesar-pembesar istana ketika itu telah menetapkan beberapa syarat kepada Tok Kaduk sebagai helah untuk memberi kemenangan kepada ayam milik sultan.

Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Syarat utama yang harus dipersetujui Tok Kaduk dalam pertarungan itu adalah supaya bertukar ayamnya dengan seekor ayam sultan bernama Si Jalak Putih Mata. Keghairahan Tok Kaduk yang sudah lama tidak dicabar di gelanggang sabung menyebabkan dia menerima syarat yang ditetapkan tanpa berfikir panjang. Seperti yang dijangka, Tok Kadok telah kalah dalam pertarungan yang diatur oleh pembesar istana apabila ayam sebenarnya Biring Si Kunani menumpaskan Si Jalak Mata Putih.

BACA: Misteri Rumah Puaka Lama Di Lumut

Kekalahan akibat bertukar ayam dengan sultan telah menyebabkan Tok Kaduk kehilangan semua harta benda termasuk ahli keluarga yang dijadikan sebagai taruhan. Selepas menyedari dirinya sebenarnya dipermainkan, Tok Kaduk membawa diri sehelai sepinggang ke sebuah dangau di kawasan sawah. Ketika itu Tok Kadok hanya ditemani oleh kucing peliharaannya. Ketika asyik memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya, perhatian Tok Kaduk tertumpu kepada telatah kucingnya yang seperti mengajaknya untuk pergi ke tebing sungai.

Tok Kaduk mengikut setiap langkah kucing itu sehingga ternampak seekor ikan tapah yang terdampar dengan perut yang sarat. Tanpa berlengah lagi, Tok Kaduk pun membelah perut ikan tapah itu dengan menggunakan tuai padi bagi mendapatkan telur ikan tersebut untuk dimakan. Namun sebaik sahaja pisau pemotong padi itu menoreh perut ikan itu, Tok Kaduk dikejutkan dengan limpahan ketulan emas yang keluar dari perut ikan tapah itu.

ikan tapah Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Sumpahan Tok Kaduk Bermula Di Lambor, Perak

Selepas mencuci dan menyimpan emas yang diperolehi, Tok Kaduk kemudian menjahit semula perut ikan tapah menggunakan urat-urat batang pokok pisang sebelum menolak semula ikan tersebut ke dalam sungai. Tok Kadok rasa amat gembira sekali kerana dapat emas tanpa diduga dan sebagai mengenang pemberian ikan tapah itu, Tok Kaduk dikatakan telah melafazkan sumpah yang melarang seluruh keturunannya memakan atau menganiayai ikan tapah.

emas tok kaduk

Berbekalkan emas yang diperolehi, Tok Kaduk kemudian mengadap sultan untuk menebus semula harta benda dan ahli keluarganya yang tergadai dalam pertaruhan. Keterujaan sultan melihat sedulang emas yang ditawarkan menyebabkan baginda bersetuju dengan permintaan Tok Kaduk. Sebagai tanda terima kasih, sultan turut memulangkan semula sebahagian daripada emas kepada Tok Kaduk. Saki-baki emas itu kemudian dibawa Tok Kaduk ke Kampar, Indonesia untuk dibentuk menjadi barang-barang kemas berupa kancing baju yang diwariskan kepada keturunannya.

BACA: Baitul Rahmah Berusia 106 Tahun Di Kuala Kangsar

rumah Hajah Hasmah Binti Pandak Logam di Kampung Tua Batu 16, Lambor Kanan, Perak

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan inilah yang digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Tok Kaduk jika terkena sumpahan Ikan Tapah. Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam di Kampung Tua Batu 16, Lambor Kanan, Perak. – orangperak.com

BACA: Sejarah Kampung Chenderong Balai Yang Orang Perak Tak Tahu

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

One Response