Sultan Johor Beli Saham Hospital Sunset Perth Australia..

Sultan Johor Beli Saham Hospital Sunset Perth Australia | SULTAN Johor mengambil alih sebahagian daripada Hospital Sunset Perth di pinggir bandar Dalkeith membabitkan sejumlah A$8.5 juta, demikian menurut Associated Press Australia (AAP).

Ketua Menteri Australia Barat, Colin Barnett memberi jaminan bahawa urusniaga itu tidak akan menjejaskan tapak warisan di situ.

Sultan Johor Beli Saham Hospital Sunset Perth Australia

Barnett berkata, keseluruhan kawasan kira-kira seluas 8.5 hektar, namun hanya 1,900 meter persegi – atau kira-kira dua peratus daripada keseluruhan tapak, telah dijual di bahagian bawah bangunan warisan berkenaan.

Sultan Johor Beli Saham Hospital Sunset Perth Australia

AAP melaporkan bahawa Barnett memberi tahu Parlimen negeri itu pada Rabu bahawa wang hasil penjualan hartanah itu akan digunakan untuk membangunkan semula sebahagian tapak berkenaan.

Selepas kerja-kerja landskap selesai dan bahagian luar bangunan dipulihkan, ia akan ditawarkan untuk pajakan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan atau institusi pendidikan.

Barnett berkata, beliau menjangkakan kawasan itu akan dibuka kepada orang ramai dalam tempoh dua tahun.

“Pada asasnya ia merupakan sebuah kampung berusia 100 tahun dalam keadaan yang bersih dengan kira-kira sedozen bangunan besar dibina,” katanya kepada parlimen. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih