Sultan Azlan, Hakim Paling Muda Dalam Sejarah Komanwel

Powered by WP Review
Sultan Azlan, Hakim Paling Muda

Sultan Azlan, Hakim Paling Muda Dalam Sejarah Komanwel – Sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan, kita semua sememangnya merindukan pemeritahan Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah yang memerintah negeri Perak dan jajahan takluknya selama 33 tahun. Baginda juga pernah menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke 9. Baginda diingati sebagai Sultan berjiwa rakyat dan berpendidikan tinggi. Kali ini orangperak.com ingin menyetuh kisah keperibadian dan kejayaan Baginda semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara seperti yang diceritakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun  Arifin Zakaria yang dipetik dari mstar.com dan utusanonline.

sultan azlan shah

Sultan Azlan, Hakim Paling Muda Dalam Sejarah Komanwel

Raja Azlan (kemudian Sultan) memulakan perkhidmatan kehakiman negara dari peringkat paling bawah (Majistret Kelas I) hinggalah peringkat paling tinggi selaku Ketua Hakim Negara. Sultan Azlan Shah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, merupakan hakim termuda dilantik dalam Komanwel, pada 1965 pada usia 37 tahun. Pada 1973, baginda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudiannya pada 1979, sebagai Hakim Besar Malaya, jawatan yang dipegang baginda sehingga dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 Nov 1982 dan merupakan hakim termuda dan waris takhta kerajaan negeri yang dilantik ke jawatan itu.

sultan azlan shah

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menyifatkan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah merupakan seorang hakim yang sabar dan jawatan itu amat sesuai dengan diri baginda. Tun Arifin berkata, semasa Sultan Azlan Shah menjadi hakim dan ketua hakim negara, baginda telah menulis banyak penghakiman penting khususnya tentang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. “Kami (para hakim) masih membaca dan merujuk kepada penghakiman dan keputusan dibuat baginda,”

sultan azlan shah

Sultan Azlan, Hakim Paling Muda Dalam Sejarah Komanwel

Tun Arifn seterusnya menyentuh antara kes terpenting dalam perundangan tanah negara yang diputuskan oleh Almarhum sebagai hakim bicara adalah kes Sidek dan 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, yang melibatkan penerokaan kawasan hutan dekat Teluk Intan oleh sekumpulan rakyat yang tidak bertanah. Plaintif dalam kes ini merupakan perintis (kumpulan pertama) yang menerokai kawasan hutan itu, diikuti oleh ramai lagi selepasnya. Walaupun pada mulanya plaintif diberi maklum bahawa kumpulannya akan dikurniakan tanah di kawasan yang mereka terokai itu, akhirnya hajat mereka tidak kesampaian.

sultan azlan shah

Dalam kes ini, isu utama yang perlu diputuskan oleh hakim bicara adalah status setinggan dalam undang-undang negara. Di akhir perbicaraan, Almarhum selaku hakim bicara memutuskan bahawa, “Setinggan tidak ada apa-apa hak di sisi undang-undang atau pun ekuiti”. Keputusan Almarhum ini terus diikuti dan dipetik oleh begitu ramai sekali hakim lain selepasnya apabila ada sahaja kes setinggan sampai ke mahkamah.

sultan azlan shah

Sultan Azlan, Hakim Paling Muda Dalam Sejarah Komanwel

Satu lagi keputusan Almarhum yang tidak boleh saya lupakan adalah kes Roberts lwn. Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163. Ketika Almarhum mendengar kes ini, baginda baru sahaja memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi. Isu utama dalam kes ini berkisar kepada hak seorang suami terhadap harta (sebidang tanah) yang didaftarkan atas nama isteri, selepas pasangan itu bercerai. Plaintif dalam kes ini ialah seorang bukan Melayu tetapi telah memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan defendan.

sultan azlan shah

Penghakiman Almarhum dalam kes ini merupakan permulaan undang-undang harta sepencarian moden, yang selepas itu terus dikembangkan oleh hakim-hakim lain. Kini kes-kes harta sepencarian tidak lagi dibicarakan di mahkamah sivil kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Namun kes Ummi Kalthom terus menjadi salah satu kes rujukan penting mengenai harta sepencarian.

BACA: Skim Cepat Kaya Pak Man Telo Yang Paling Terkenal

Tun Arifin, yang mempunyai pengalaman luas bekerja bersama-sama Sultan Azlan Shah sejak beliau menjadi pendaftar di Mahkamah Tinggi pada 1976, menyifatkan baginda seorang hakim yang sabar. “Semasa Tuanku dilantik sebagai Sultan Perak, saya juga merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan saya berkhidmat kira-kira lima tahun dan apabila Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong, saya menerima surat pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi daripada baginda.

sultan azlan shah

“Semua hakim dan peguam akan setuju bahawa baginda seorang hakim yang sabar dan benar-benar sesuai bagi jawatan itu (hakim). Saya benar-benar bangga pernah bekerja dengan baginda,” kata Arifin, dan menurutnya beliau pernah mengendalikan kes di hadapan Sultan Azlan Shah semasa beliau menjadi peguam persekutuan. Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 dan dimakamkan di Makam Diraja Al Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Almarhum. – orangperak.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih