Suami ‘Sembelih Isteri’ Sampai Mati

Suami ‘Sembelih Isteri’ Sampai Mati. KLANG – Lelaki warga Indonesia yang dipercayai mengelar isterinya sampai mati ditahan polis di Sungai Siput, Perak, Sabtu lalu.

Suami 'Sembelih Isteri' Sampai Mati

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 1 pagi di rumah kongsi di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan dapati motif kejadian adalah cemburu.

Suami ‘Sembelih Isteri‘ Sampai Mati.

“Lelaki berusia 49 tahun itu direman 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dalam kejadian 22 November itu, mangsa warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kelar dileher di sebuah bangunan di Jalan Kapar, di sini.

Kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, mangsa berusia dalam lingkungan awal 30-an ditemui terbaring di tangga rumah kedai lima tingkat berkenaan.

Mangsa juga mengalami cedera parah di bahagian muka termasuk hidung dan pipi akibat dikelar.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. lapor sinar harian.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih