Status Halal Coklat Daim, Toblerone Jelaskan Yang Sebenar

Status Halal Coklat Daim, Toblerone Jelaskan Yang Sebenar – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini digesa menjelaskan status halal coklat jenama Daim dan Toblerone yang dilapor menimbulkan keraguan umat Islam. Gesaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menegaskan Jakim perlu memberi keputusan sama ada coklat berkenaan halal atau tidak untuk dimakan orang Islam.

Status Halal Coklat Daim, Toblerone

Status Halal Coklat Daim, Toblerone Jelaskan Yang Sebenar

“Kita tidak mahu ada rasa was-was terhadap produk makanan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jakim sebelum ini mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.

Bagaimanapun pada 26 Dis lepas, Mondelez International dalam kenyataannya berkata, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam. Status Halal Coklat Daim, Toblerone Jelaskan Yang Sebenar

Syarikat pengeluar Daim dan Toblerone itu berkata, walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

IRIMM dan MJMM turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap pengeluar coklat berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih