SPRM Patut Dedahkan Identiti “Penderma” Ke Akaun PM

SPRM Patut Dedahkan Identiti “Penderma” Ke Akaun PM

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma daripada RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata setiap daripada mereka perlu disiasat dan tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan.

“Ini adalah kerana menjadi kesalahan bagi Perdana Menteri menerima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi Perdana Menteri menurut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman facebooknya di sini, hari ini.

Husam berkata, persoalan asas akaun tersebut adalah akaun persendirian Perdana Menteri masih gagal dinafikan.

Beliau berkata, sebarang alasan berkenaan tujuan wang tersebut disalurkan hanya perkara sekunder yang tidak mampu melepaskan Perdana Menteri daripada sebarang dakwaan .

Katanya, perdana menteri juga mesti berusaha lebih keras untuk meyakinkan rakyat Malaysia dengan penjelasan.

Pada Isnin SPRM memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). lapor astro awani.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...