Spekulasi Berita Kehamilan, Siti Nurhaliza ‘Kunci Mulut’

Spekulasi Berita Kehamilan, Siti Nurhaliza ‘Kunci Mulut’

Kuala Lumpur – Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengesahkan beliau sedang hamil dua bulan kepada umum atau menafikan perkara tersebut meskipun sumber telah memaklumkan tentang khabar gembira tersebut.

Sebaliknya, Siti Nurhaliza, 36, berharap semua pihak menghormati keputusannya untuk tidak berbicara lebih lanjut mengenai isu kehamilan tersebut.

“Saya tidak buat apa-apa pengumuman lagi dan memohon semua pihak menghormati keputusan tersebut. Insya-Allah, bila tiba masanya nanti, saya sendiri akan buat kenyataan,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp semalam.

Semalam sebuah akhbar melaporkan, kandungan Siti Nurhaliza kini sudah mencecah usia dua bulan dan disebabkan masih pada peringkat awal kehamilan, beliau tidak dibenarkan menaiki kapal terbang atas nasihat doktor.

Spekulasi berita kehamilan penyanyi itu mula tercetus apabila beliau memuat naik gambar segelas campuran susu dan kurma yang dianggap berkhasiat untuk wanita hamil menerusi Instagramnya baru-baru ini, lapor Kosmo.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih