Siapakah Mereka? Wajah Mereka Sering Viral Bila Ada Rakyat Kesusahan..

Siapakah Mereka? Wajah Mereka Sering Viral Bila Ada Rakyat Kesusahan..

Siapakah Mereka? Wajah Mereka Sering Viral Bila Ada Rakyat Kesusahan.. Tidak Perlu PANGKAT Untuk Membantu.. Ini Fakta Yang Anda Tidak Tahu – SIAPAKAH MEREKA?

Mereka tak perlu ada pangkat untuk selamatkan rakyat,
Mereka tak perlu jadi Ahli Dewan Negara / Ahli Politik untuk bantu rakyat,
Mereka tak perlu jadi Adun Negeri untuk bantu rakyat,

Siapakah Mereka? Wajah Mereka Sering Viral Bila Ada Rakyat Kesusahan..

Sebab apa?

Sifat Perikemanusiaan mereka sudah terlatih…
Cara mereka telah mengajar kita satu prinsip
“Jangan tanya apa sumbangan negara pada kita, tapi tanya pada diri sendiri, apa yang kita sumbang pada negara”

Lando Zawawi Vrus

FB – https://www.facebook.com/landozawawivrus/

Dari bilangan kecil kini ditubuhkan persatuan BROTHERHOOD dimana persatuan ini telah menyelamatkan beribu nyawa dan mangsa keadaan dari kemalangan jalan raya yang berpunca dari Keadaan jalan raya yang kebanyakkanya ada swimming pool di malaysia ni, kita mungkin antara yang terselamat atas jalan raya atas bantuan mereka persatuan BROTHERHOOD, mereka juga antara yang bersuara kepada jabatan2 yang sepatutnya bertanggungjawab atas kerosakkan jalan raya, dan pengeluaran2 produk2 tiruan keatas kenderaan.

So apa tindakan pihak yang bertanggungjawab sehinggakan persatuan BROTHERHOOD ni menjalankan kerja menurap jalan dan sebagainya secara sukarela demi menyelamatkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah serta pembayar cukai jalan?

Difahamkan Lando dan rakan-rakannya telah melakukan projek ni bertahun-tahun lamanya. Dan mereka selalunya menggunakan duit sendiri untuk menurap lubang dijalan raya kerana telah bosan menunggu dan mengharapkan pihak majlis perbandaran atau pihal bertanggujawab menurap jalan tersebut. INI BARU REAL CARA BROTHERHOOD.

Yusuf Azmi

FB – https://www.facebook.com/yusufazmiPPIM/

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi , antara seorang yang telah banyak menyelamatkan ramai mangsa KES PENIPUAN AH LONG , PINJAMAN WANG BERLESEN , PENIPUAN JUAL BELI BARANGAN ONLINE/OFFLINE , UGUTAN / PENIPUAN SYARIKAT PAJAKAN dan beberapa yang lain lagi, beliau dan beberapa orang ahli PPIM selalunya turun padang untuk mengambil tindakan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa dari penipuan ahlong dan sebagainya , mereka telah berjaya menumpaskan banyak sindiket penipuan dan ugutan sejak dari beberapa tahun lepas sehingga kini.

Siapakah Yusuf Azmi?

Beliau adalah aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini.

Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.

Kes terbaru PPIM berkenaan penipuan jual beli rumah murah yang viral.

Kuan Chee Heng

FB – https://www.facebook.com/kuan.cheeheng

Sekali pandang, lelaki Cina ini, Kuan Chee Heng juga sama seperti manusia yang lain. Menetap di Malaysia dan hidup aman damai seperti yang lain.Namun apa yang membezakan lelaki ini dengan rakyat Malaysia yang lain ialah sikap suka membantu orang dalam kesusahan.

Baginya kita tidak hanya perlu kaya di dalam poket, tapi kita perlu kaya di dalam hati dengan setiap apa yang kita lakukan.

Khidmat terbaru beliau adalah memberi perkhidmatan Ambulan 10 sen untuk rakyat yang tidak mampu ke pusat kesihatan atau perlukan bantuan.


MORAL OF THE STORY
tak perlu ada pangkat untuk berjasa pada negara, tak perlu ada kuasa untuk bersuara, tak perlu dikenali ramai untuk membantu..cukup lah perlu ada hati perut dan sifat berperikemanusiaan untuk menyelamatkan agama, bangsa & negara.

“NO HERO CAN SAVE EVERYONE, NOT EVEN SUPERMAN. BUT A REAL HERO NEVER STOP TRYING”

(SEKIRANYA ADA INFO DAN MAKLUMAT YANG SENSITIF/SALAH MOHON DITEGUR DAN MOHON MAAF)

Sumber by Lanun_Perosak
Edited: Team GedebakViral

Takwin Kalendar Islam 2018 Masihi / 1439-1440 Hijrah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih