Serangan Bom di Paris: Tiada Rakyat Malaysia Terbunuh

Serangan Bom di Paris: Tiada Rakyat Malaysia Terbunuh

Petaling Jaya – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam serangan di Paris yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 140 orang pada malam Jumaat.

Menurut Kementerian Luar, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat setakat ini dan pemantauan akan terus dilakukan.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Perancis. Pihak kementerian terkejut dan mengutuk perbuatan keganasan seperti ini,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jurucakap Wisma Putra juga berkata terdapat 100 pelajar Malaysia terlibat dalam majlis makan malam bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim di Paris ada malam kejadian.

Namun kesemua mereka dilaporkan selamat.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!