Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor 2017/ 2018

Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor 2017/ 2018 – Kerajaan Negeri Selangor akan memberi ganjaran sebanyak RM 1,000 sekali kepada anak Selangor yang berjaya memasuki institut pengajian tinggi (IPT) ataupun universiti di sector swasta ataupun awam yang diiktiraf oleh Kerajaan. Kursus yang diduduki adalah kursus ijazah sarjana muda ataupun diploma sepenuh masa. Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Semakan Bantuan Anak Selangor.

permohonan bantuan anak selangor

Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor 2017/ 2018

Faedah Perlaksanaan:

Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, memberi bantuan kewangan kepada anak-anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM 3,000 ke bawah yang diterima masuk ke IPTA / IPTS yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Prosedur Permohonan Bantuan Anak Selangor:

i.  Permohonan adalah terbuka kepada semua “Anak Selangor“.
ii. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar yang sudah mendaftar diri untuk memasuki
Tahun/Semester Pertama bagi sesi pengajian Julai dan Disember bagi pengajian secara sepenuh masa.
iii. Hadiah hanya layak kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan RM 3,000 ke bawah.
iv. Borang permohonan boleh diperoleh melalui Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP)Mesir
dengan  cara KLIK Borang Hadiah Masuk IPT Kerajaan  Negeri pada ruangan “DOWNLOAD” di sebelah
kanan dan bawah “CATATAN POPULAR” pada laman portal ini.
viii. Borang permohonan perlulah diisi dengan menyertakan butiran berikut:

a. Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan

b. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa

c. Surat Tawaran daripada IPT

d. Pengesahan pendaftaran pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) / Pusat Pemajuan Pelajar
(PPP) / Bendahari IPT

e. Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji / Perakuan Pendapatan (surat perakuan daripada ADUN /
Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibubapa / Penjaga pemohon

f. Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.

Untuk semakan status pembayaran, sila layari laman web Sistem Permohonan HPIPT; http://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT:

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
URL : http://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/

Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor 2017/ 2018

Search Terms:

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...