Semakan Keputusan UPU 2017-2018 Tawaran IPTA

Semakan Keputusan UPU 2017-2018 Tawaran IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Semakan Keputusan UPU 2017

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (NKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web http://upu.mohe.gov.my dan permohonan dibuka secara berkala di antara bulan Januari hingga April setiap tahun.

Semakan Keputusan UPU 2017-2018 Tawaran IPTA.

Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia.

Calon perlu memohon terus kepada institusi pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh institusi berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di http://upu.mohe.gov.my Semakan Keputusan UPU 2017

Kajian Pengesanan Graduan

Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap graduan institusi pengajian tinggi negara bersempena dengan musim konvokesyen IPT masing-masing bagi mengetahui status pekerjaan graduan serta mendapatkan maklum balas tentang pelbagai aspek berkaitan IPT.

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan bagaimana para graduan membangunkan kerjaya mereka dalam jangka masa yang panjang. Maklumat ini sangat penting kepada institusi pengajian anda dan kementerian amnya dalam merancang pembangunan modal insan negara. Semakan Keputusan UPU 2017

Kaji selidik ini terbuka kepada semua graduan institusi pengajian tinggi negara yang berkonvokesyen sejak tahun 2006 dan mempunyai data dalam pangkalan data kementerian. Bagi graduan yang berkonvokesyen pada tahun semasa, pengemaskinian status pekerjaan boleh dibuat sebulan selepas tarikh konvokesyen.

Maklumat lanjut berkaitan kajian ini, sila layari pautan berikut.

 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms: