Semakan Keputusan Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016

Semakan Keputusan Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016 – KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul juara Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016 di UAE selepas menewaskan beregu Jepun Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dari Jepun 21-14, 21-19 pada Ahad.

Ia merupakan kejayaan wakil tunggal negara yang melepasi saingan peringkat kumpulan sehingga aksi final di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Keputusan Siri Super Dunia Akhir Dubai

Semakan Keputusan Siri Super Dunia Akhir Dubai 2016

Pada perlawanan awal pagi Ahad, V Shem-Wee Kiong hanya mengambil masa selama 37 minit untuk menundukkan lawan dari China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 21-16.

Kemenangan itu sekali gus membawa pasangan itu ke final untuk bertemu beregu Jepun.

Pada aksi separuh akhir, Kamura-Sonoda menundukkan Mads Conrad-Petersen-Made Pieler Kolding dari Denmark, 21-17, 21-19. lapor astroawani.

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...