Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Online

Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Online Saman polis trafik PDRM dan JPJ boleh disemak secara online melalui perkhidmatan atas talian yang disediakan. Anda cuma perlukan talian internet yang berfungsi untuk menyemak saman anda. Ada beberapa cara semakan saman trafik PDRM dan JPJ boleh dibuat secara. Sama ada melalui online ataupun melalui SMS.

saman trafik pdrm dan jpj

Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MyEG

1. Sila Masuk ke laman web http://www.myeg.om.my
2. Sebelum anda  menggunakan perkhidmatan ini, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu.
3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.
4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.
5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan.

Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui Sistem Rilek e-services

1. Masuk ke laman web : https://www.rilek.com.my/rilek/users/login

2. Daftar terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
3. Selepas daftar barulah anda login menggunakan nama dan kata laluan anda.
4. Semak saman melalui menu yang diberikan.
5. Selain itu, anda boleh membuat bayaran terus melalui pekhidmatan perbankan online seperti maybank2u, cimbclick dan rhbonline.

Semak Saman Melalui JPJ

Laman semakan khas yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini pula hanyalah khas untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ. Ini bermaksud, anda tidak boleh menyemak saman seperti PDRM dan polis trafik. Cara semakan melalui portal JPJ adalah seperti berikut:
  1. Masuk ke laman web: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis
  2. Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.
  3. Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.
  4. Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)
  5. Dan Klik Semak.
  6. Paparan semakan adalah seperti di bawah ini
semak saman jpj pdrm
Semakan melalui portal ini juga bolehlah dikatakan sebagai semakan yang tidak memerlukan anda mendaftart seperti semakan pada portal lain. Secara peribadi, kami juga lebih menyukai semakan saman melalui portal ini. Akan tetapi , kekurangannya adalah, ia cuma boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ

Semak Saman Polis  Melalui SMS

Selain melalui online, anda  juga boleh menggunakan  sistem pesanan ringkas (SMS).Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:
  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888atau 32728.
  • Di bawah ini ditunjukkan infografik cara semakan saman trafik, JPJ dan PDRM secara sistem pesanan ringkas.
semak saman sms
panduan semakan secara SMS
  • Contoh POLIS SAMAN 891020103453 atau  POLIS SAMAN JHT4231
Mengenai pengurangan bayaran saman, pihak JPJ sendiri ada menulis di laman web mereka berkenaan hal ini. Mereka menyatakan bahawa saman yang dikenakan tidak boleh dikurangkan jumlah bayarannya.

Selamat menyemak saman trafik PDRM dan JPJ  anda. Semoga anda dapat membayar saman tanpa sebarang masalah dan seterunsya dapat mengelakkan anda daripada dimasukkan ke dalam senarai blacklist daripada Polis di Raja Malaysia dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih