Semak KSSM Bermula 2017

Semak KSSM Bermula 2017 – PUTRAJAYA 19 Dis. – Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada sesi persekolahan 2017 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diyakini mampu melahirkan murid yang dinamik untuk bersaing di peringkat glo­bal.

semak kssm

Ketua Sektor Dasar dan Penyelidikan, Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Naza Idris Saadon berkata, perkara itu telah diputuskan me­lalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan KSSM akan mula dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 1.

Naza Idris Saadon
Naza Idris Saadon

Beliau berkata, pelaksanaan KSSM turut mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyarankan KBSM disemak dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis dan inovatif.

“KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula de­ngan pelajar Tingkatan 1 pada sesi persekolahan tahun hadapan, iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tamat pada tahun 2016. Sama seperti KSSR, kerangka kurikulum KSSM juga berasaskan enam tunjang utama.

“Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, ke­­­te­­­rampilan diri, sains dan tek­no­logi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Menurut Naza Idris, kerangka kurikulum sekolah menengah dibina berasaskan kerangka kurikulum sekolah rendah yang menekankan kesepaduan tunjang-tunjang tertentu bagi melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

“Tunjang-tunjang yang dizahirkan dalam KSSM merupakan kesinambungan daripada kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas sebagai asas kepada pembangunan modal insan. Pengisian setiap tunjang pada peringkat menengah adalah perkemba­ngan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari pada peringkat rendah. Semak KSSM Bermula 2017

“Kesepaduan antara tunjang perlu dijelmakan dalam pelaksanaan kurikulum. Pengisian pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada enam tunjang menjadi teras kepada KSSM. Pengisian setiap tunjang diterjemahkan dalam mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum bagi mencapai hasrat pendidikan,” katanya.

Selain itu katanya, KSSM juga memastikan murid mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan, pendidikan di pering­kat menengah rendah yang memberi penekanan kepada pendidikan umum serta peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah.

Semak KSSM Bermula 2017

“Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dika­tegorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif,” katanya.

Sementara itu katanya, KSSM menggunakan peruntukan masa dalam jam setahun berbanding minit seminggu ketika KBSM dan guru akan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta juga pentaksiran berdasarkan satu dokumen standard yang dikenali sebagai Dokumen Stan­dard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Semak KSSM Bermula 2017

Dalam pada itu katanya, guru akan menentukan perkembangan murid berdasarkan tahap penguasaan yang diperjelaskan dalam standard prestasi, tahap penguasaan murid direkodkan dengan menggunakan templat perekodan prestasi sekolah secara luar talian dan hasil yang diperolehi akan dijadikan maklumat untuk tujuan pelaporan berbentuk formatif.

Sumber: www.utusan.com.my

Facebook Comments

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI !!

loading...

Dapatkan kisah terbaik terus ke dalam inbox email anda!

(Visited 70 times, 1 visits today)

Leave a Reply