Selepas Tiga Hari Dimasukkan Ke Hospital, Ini Respon Jalaluddin Hassan

Selepas Tiga Hari Dimasukkan Ke Hospital, Ini Respon Jalaluddin Hassan

Selepas Tiga Hari Dimasukkan Ke Hospital, Ini Respon Jalaluddin Hassan – SELEPAS tiga hari dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas pada Isnin lalu, pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan memberitahu dia mula berasa risau tentang kerjanya yang masih tertangguh.

Atas alasan itu juga, Jalaluddin memberitahu dia meminta kebenaran doktor untuk berehat di rumah dan dibenarkan pulang pada petang Rabu lalu.

Selepas Tiga Hari Dimasukkan Ke Hospital, Ini Respon Jalaluddin Hassan

“Jujurnya dekat hospital tidak boleh berehat pun kerana ramai orang datang melawat, kalau di rumah selesa sikit.

“Saya sendiri minta doktor untuk pulang dan mereka benarkan tetapi dengan syarat saya perlu berehat dan kembali ke hospital untuk rawatan susulan.

“Sebenarnya bimbang juga sebab saya bakal terlibat dalam sebuah pementasan teater dan latihan pun masih belum dilakukan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Terdahulu, pelakon berusia 63 itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami sesak nafas sejurus selepas menjadi tetamu program bual bicara Assalamualaikum di stesen TV Alhijrah, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Wakil Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) diketuai presidennya, Zed Zaidi sempat menziarah Datuk Jalaluddin Hassan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, dia tidak akan menarik diri daripada pementasan teater Bahara Emas terbitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bakal dipentaskan pada 19 hingga 22 Oktober ini.

Jalaluddin berkata, walaupun diberikan cuti sakit selama 10 hari namun dia enggan berehat terlalu lama kerana bimbang perjalanan produksi teater itu akan terganggu.

“Alhamdulillah kesihatan saya semakin pulih dan kalau duduk lama-lama di rumah pun mungkin saya rasa bosan dan hilang semangat.

“Tambahan pula saya bakal muncul dengan pementasan teater Bahara Emas dan setakat ini latihan pun belum sempat dilakukan.

“Saya tidak mahu menarik diri kerana bimbang akan menggangu perjalanan produksi tetapi akan minta mereka menyesuaikan kembali jadual kerana saya masih perlu membuat rawatan susulan di hospital,” katanya.

Selain Bahtera Emas yang bakal dipentaskan di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Kuala Lumpur, Jalaluddin juga terlibat dengan drama bersiri Syurga Yang Kedua sebanyak 70 episod.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata, ketika berada di hospital dia turut menerima kunjungan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan presidennya, Zed Zaidi. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih