Selepas Lama BERDIAM DIRI… Inilah Kata-Kata JHO LOW Kepada SPRM Yang Bakal MENGGEMBIRAKAN Ramai !!

Selepas Lama BERDIAM DIRI… Inilah Kata-Kata JHO LOW Kepada SPRM Yang Bakal MENGGEMBIRAKAN Ramai !!

Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low akan membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malahysia (SPRM) dalam siasatan berkaitan SRC International Sdn. Bhd, menurut jurucakap ahli perniagaan itu, malam tadi.

Jurucakap itu dalam satu kenyataan berkata bahawa wakil Low akan menghubungi SPRM untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu.

Dalam kenyataan satu perenggan, jurucakap itu berkata: “Low telah melihat laporan akhbar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuannya.

Ini kali pertama Low menyedari wujudnya permintaan seperti itu. Beliau belum menerima atau diberikan sebarang notis.

“Wakil Low akan menghubungi SPRM untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membantu,” kata kenyataan itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarahnya Datuk Suboh Md Yassin dan Low perlu menghubungi SPRM dengan segera untuk membantu siasatan berkaitan SRC International.

Beliau juga berkata mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya dan juga dikehendaki menghubungi para pegawai SPRM. KREDIT MALAYSIA KINI.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih