Selepas Digantung, TMJ ‘Ngopi’ Dengan Dollah

Selepas Digantung, TMJ ‘Ngopi’ Dengan Dollah – PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh duduk bersama mulai tular selepas dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.

Gambar yang menunjukkan mereka duduk bersama dengan kapsyen ‘DYAM Tunku Mahkota Johor ‘minum kopi’ bersama Dollah Salleh’ tidak disertakan maklumat lanjut.

Ia turut dikongsi lebih 800 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik.

Selain itu, menarik perhatian ramai peminat bola sepak tempatan memandangkan Dollah sebelum ini digantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang menentang Felda United, 1 Julai lalu. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih