Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, N.S Tutup Esok

Powered by WP Review

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, N.S Tutup Esok – SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini mengarahkan semua sekolahdi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak perlu ditutup esok (28 September 2015) rentetan daripada jerebu kuat yang melanda negeri-negeri tersebut.

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, N.S Tutup Esok

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, N.S Tutup Esok

Oleh itu, Kementerian Pendidikan meminta agar Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri dan Bahagian tersebut segera memaklumkan perihal tersebut kepada pihak terbabit.

“Pihak-pihak ini hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera,” petik kenyataan tersebut, hari ini.

Terdahulu, KPM memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pemantauan Udara (IPU) pada hari ini mendapati beberapa buah negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU yang tidak sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU201-300).

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, N.S Tutup Esok

Setakat pukul 11 pagi tadi, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281; Batu Muda, Kuala Lumpur (256); Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).

Beberapa kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Banting (190), Sri Aman (188), Cheras (183), Kuala Selangor (168), Seremban (152), Samarahan (145), Nilai (144), Kuching (139) dan Port Dickson (131). lapor Sinar Online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih