TERBONGKAR !! Sekatan Jalan Raya Temukan Lelaki Perut Terburai

TERBONGKAR !! Sekatan Jalan Raya Temukan Lelaki Perut Terburai – KUALA LUMPUR – Sekatan jalan raya oleh pasukan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di Jalan Reko, Kajang dekat sini, malam tadi membawa kepada penemuan seorang lelaki berlumuran darah dengan perut terburai di dalam sebuah kereta.

Sekatan Jalan Raya Temukan Lelaki Perut Terburai

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kereta terbabit yang turut dinaiki empat lelaki lain berusia antara 21 dan 30-an ditahan dalam sekatan di satu selekoh menghala ke Metro Kajang pada jam 11.20 malam.

TERBONGKAR !! Sekatan Jalan Raya Temukan Lelaki Perut Terburai

“Pemandu kereta yang kelihatan mencurigakan itu juga cuba menyogok anggota polis yang membuat pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut menemukan sebilah parang di dalam but kereta jenis Honda Accord itu.

Siasatan awal mendapati mangsa ke sebuah kondominium di Setapak untuk berjumpa dengan seorang daripada suspek apabila tiba-tiba dia dikepung oleh sembilan lelaki yang kemudian bertindak menyerangnya.

“Suspek menikam mangsa menggunakan parang dan membawa mangsa menaiki kenderaan itu ke arah Kajang bersama tiga lagi suspek,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kajang dan dilaporkan stabil.

Kesemua empat suspek yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau ditahan untuk siasatan, katanya.- Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih